PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK 5-9 MAY 2011 (PART 1)
5May2011 - HAJAR, ASHIE,EJAM,KZ,AL dan AYIE bersama-sama menaiki ERL dari stesen Putrajaya menuju ke KLIA..Setiba disana, ketemu dua lagi ahli SHAH dan IDA. Dengan menaiki Penerbangan FIREFLY -845mlm kami tiba di Lapangan Terbang Kuching tepat jam 1030mlm.. Seperti yang telah dijanjikan, kami bertemu dengan PISANG yang menaiki penerbangan berbeza iaitu dari MIRI
6May2011 - Tepat jam 8pagi, kami memulakan pengembaraan ke Santubong, iaitu SARAWAK CULTURAL VILLAGE mengambil masa 40minit dari bandar Kuching. Tempat ini merupakan pusat lawatan wajib setiap pelancong yang berkunjung ke Kuching. Tiket masuk RM55/seorang. Terdapat pelbagai jenis rumah dan kebudayaan dari suku kaum yang berbeza boleh dilihat dan dipelajari disini. Kami telah diberi satu buku pasport dan pelekat(stiker boarding pass) bagi membolehkan kami menyaksikan tayangan 'live' persembahan kebudayaan. Selepas makan tengah hari, kami dibawa pula melawat Dun Tower-bangunan unik yang tersergam indah (mercu tanda bandar kuching) ini merupakan tempat berkumpul ahli2 parlimen bersidang. Petang.... kami kemudiannya ke Pusat Pembuatan Kek Lapis Dayang Salhah. Terdapat lebih daripada 30 jenis pelbagai jenis perisa dan warna kek lapisnya (rambang mata nak pilih kot?!). yang menariknya, kita boleh order, tapi akan dihantar ke bilik hotel sehari sebelum berangkat kt KL.. Dan untuk destinasi terakhir, kami dibawa ke Cristal Shop... (hmm.. xde banyak beza dari Sabah) Makan malam kami disajikan dengan makanan laut yang memang superb! Lauk ketam masak blackPepper, ikan 5rasa?, umbai(ikan mentah..duhhh sedap gilerr!), tomyam..etc. Sedap, berbaloi dan terlebih kenyang.. dan akhir sekali kami berjalan-jalan menghayati waktu malam bandar kuching di Waterfront sambil minum kopi..
-------------------------------------
SARAWAK CULTURAL VILLAGE - koleksi gambar
-----------------------------------------------------