"Hikayat Merong Mahawangsa" , "A Doctor In The House" and "Tsunami Melanda Jepun"
Tiga perkara yang menjadi perbualan hangat di media2 cetak dan elektronik sekarang.
Pertama, mengenai keunggulan KRU studio yg menerbitkan filem Hikayat Merong Mahawangsa. Saya bersama teman-teman baru menontonnya semalam sangat-sangat teruja dengan penceritaan hikayat tersebut serta aksi lakonan pelakon-pelakon filem tersebut. Secara keseluruhan wajar diberi 8/10 markah untuk filem yang menelan belanja 8 juta ini kerana anda seperti melihat filem Hollywood dari luar! Syabas buat pengarahnya Yusry Abdul Halim.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6lBMPFBuEGJwsqlvBnQQC5JIY70XLgmlmnqLwu9_rgwuw_uiWvjhSwHUlQmX-dBxo83-1h8D7WkL70MuvfnO0sF8ntT6AnX9hAWr5CTsaz0F7wuVWG_KhGyvj_1_msXW8Zih6fGMiRGo/s320/poster-hikayat-merong-mahawangsa.jpg)
Kedua, kisah tokoh hebat Malaysia iaitu Tun Dr. Mahadhir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat telah melancarkan Bukunya yang bertajuk "A Doctor In The House" yang mempunyai 62 bab dan 843 muka surat! ya, buku itu sudah berada di rumah saya. (mood excited, tetapi x pasti bila boleh habis membaca)
Ketiga, TSUNAMI TERBURUK MELANDA JEPUN. Gempa bumi yang dikatakan 8.9 skala hektar telah mengakibatkan ombak besar dan melimpah utara Jepun. Gambar-gambar seta video live yang mengerunkan... mari kite doakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Jepun disana.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5sKXbN9CzKgbSsLIktav6u80-JyRzWqVslGjotQkZwU1Z11ynQi-M735FbDX_69UC5GBWxaqeoRl6bfh8oqBRUPgSHVGH4maeCG9SgBDlTMOY9whyphenhyphenLXPj6ooi9TbIjD31wM_WGURlpJw/s320/tsunami.jpg)