Wednesday, March 23, 2011

Teater LAT KAMPUNG BOY sebuah Muzikal



Special thanks pada kawan i yang bagi 4 ticket vvip untuk teater ini. Kami (mySis,Yana dan Ashie) telah berpeluang menonton tayangan perdana Teater Lat Kampung Boy sebuah Muzikal pada 15 Mac 2011. Mengisahkan tentang perjalanan Dato Lat seorang kartunis.
Komen saya selepas menonton :
Menghiburkan persembahannya! tetapi cerita dato Lat itu sendiri sedikit membosankan.


Best Friend Engagement Day




Congratulation buat myBFF (dari sekolah rendah ya kami berkawan) Shazleen aka LEEN utk hari pertunangannya.. so damn excited nak tunggu hari wedding die! katanya nxtYear, insyaAllah.


Lung Infection

Bad news dapat td pagi tentang one of our COBRA members masuk hospital sbb kena jangkitan pada paru2.. semoga EJAM sembuh dgn cepat ya! huhu


Saturday, March 12, 2011

"Hikayat Merong Mahawangsa" , "A Doctor In The House" and "Tsunami Melanda Jepun"

Tiga perkara yang menjadi perbualan hangat di media2 cetak dan elektronik sekarang.

Pertama, mengenai keunggulan KRU studio yg menerbitkan filem Hikayat Merong Mahawangsa. Saya bersama teman-teman baru menontonnya semalam sangat-sangat teruja dengan penceritaan hikayat tersebut serta aksi lakonan pelakon-pelakon filem tersebut. Secara keseluruhan wajar diberi 8/10 markah untuk filem yang menelan belanja 8 juta ini kerana anda seperti melihat filem Hollywood dari luar! Syabas buat pengarahnya Yusry Abdul Halim.



Kedua, kisah tokoh hebat Malaysia iaitu Tun Dr. Mahadhir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat telah melancarkan Bukunya yang bertajuk "A Doctor In The House" yang mempunyai 62 bab dan 843 muka surat! ya, buku itu sudah berada di rumah saya. (mood excited, tetapi x pasti bila boleh habis membaca)



Ketiga, TSUNAMI TERBURUK MELANDA JEPUN. Gempa bumi yang dikatakan 8.9 skala hektar telah mengakibatkan ombak besar dan melimpah utara Jepun. Gambar-gambar seta video live yang mengerunkan... mari kite doakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Jepun disana.