DECEMBER 2010 : JOGJAKARTA
HARI PERTAMA
Menaiki Penerbangn MAS dgn harga tiket RM278(return ticket). Rombongan 12 org, ak dan kakak serta sekeluarga dari kedah dan ketua rombongan cik shida dan pn.rahimah.
Tiba di Airport Jogjakarta lebih kurang jam 1230 tgh hari. Kami disambut oleh bapak Ardi iaitu Tour Guide. Destinasi pertama berjalan-jalan di sekitar KOTAGEDE, pusat pembuatan silver. Selepas makan tengah hari, kami melawat KAMPUNG KALIADEM untuk melihat kesan debu2 dan kemusnahan akibat letusan GUNUNG MERAPI yang berlaku pada April 2009.
Seterusnya kami bertolak ke Bandar Solo yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan dari Bandar Jogjakarta dan overnight di sana.
*Just arrive*
HARI KEDUA
Selepas breakfast di hotel, destinasi pertama dibawa di BANDAR SOLO ialah Istana Mangkunegaran iaitu Kediaman Sultan Solo. Seterusnya ke Pasar Triwindu, iaitu pasar yang menjual barang-barang antik serta shopping di pusat traditional. Perjalanan balik ke Kota Jogja dan singgah ke MALIOBORO iaitu shopping complex yang terdapat pelbagai barangan kraftangan seperti batik, barangan kayu, souvenirs. Check in Hotel Cakra kesuma, bandar Jogja.
HARI KETIGA
Hari yang penuh dengan berjalan kaki, disarankan untuk memakai kasut sukan atau yang selesa dikaki. Destinasi pertama kami di bawa ke DIENG PLATEAU untuk melihat coloured lake serta Steam clouds dan sulfur fumes. Dengan ketinggian 2093 dari aras laut sungguh dingin kawasan pergunungan ini. Seterusnya kami melawat CANDI BOROBUDUR iaitu tarikan utama jika melawat Indonesia.
HARI KEEMPAT
Melawat Istana/kediaman diraja keluarga jogjakarta. Seterusnya ke kawasan pembuatan Clay Pottery. Kemudian, kami ke beach untuk melihat sunSet.
HARI KELIMA
Pagi berangkat ke Airport. Selesai sudah.